|
|
|
|
|
|
|
|
| | | MEB diumum 30 Mac - PM | | 11 Mac | | Oleh HELMI MOHD. FOAD | | | PUTRAJAYA 11 Mac - Kerajaan akan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) pada 30 Mac ini sebagaimana yang dijadualkan sebelum ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. |  | Perdana Menteri berkata, pengumuman secara berperingkat itu melibatkan fasa pertama MEB manakala fasa seterusnya dilakukan serentak atau selepas pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) Jun ini. | | | "Peringkat kedua akan diadakan pada pembentangan RMK-10 dan selepas itu. | | | "Kita akan libatkan dengan semua pihak berkepentingan," katanya. | | | Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) di sini hari ini. | | | Kenyataan Perdana Menteri itu sekali gus menolak desas-desus oleh segelintir pihak bahawa kerajaan akan menangguhkan pengumuman MEB. | | | Model ekonomi itu antara lainnya menekankan ekonomi berasaskan pendapatan tinggi bagi mencapai negara maju menjelang 2020. | | | Sebelum ini, Majlis Permuafakatan Melayu (MPM) mendesak kerajaan supaya tidak terburu-buru mengumumkan MEB kerana bimbang ia bakal menimbulkan polemik membabitkan hak serta kepentingan Melayu dan Bumiputera. | | | Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, MEB perlu diperhalusi sepenuhnya agar kepentingan Melayu dan bumiputera terus terbela selaras dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. | | | Katanya, kerajaan perlu memastikan setiap dasar yang ditetapkan di dalam MEB berteraskan kepada peruntukan tersebut agar tidak menimbulkan kemarahan di kalangan orang Melayu hingga menjadi isu politik. | | | | | | | | | | | | |
Add or View Comment (0)
Print
|
|
|
|
|
|
|