Decrease Font Reset Font Increase Font Red Scheme Purple Scheme Yellow Scheme Blue Scheme W3C Disability Access Text to Voice
   
  Contact Us | FAQ | Links | Help | Sitemap  
 
Pemudah akan tambah baik 5 bidang lagi menjelang April

 
Pemudah akan tambah baik 5 bidang lagi menjelang April
11 March 2010
Berita Harian
 
PUTRAJAYA: Penambahbaikan akan dilakukan dalam lima bidang lagi oleh Pemudah (Pasukan Petugas Khas Pemudah cara Perniagaan), yang ditubuhkan untuk memudahkan semua aspek menjalankan perniagaan di Malaysia, pada April ini.
 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata penambahbaikan itu akan meliputi pemerolehan kerajaan, perundangan buruh, mendapatkan perniagaan, berkaitan lesen dan juga kemudahan perdagangan.

"Mungkin banyak lagi, tetapi saya akan mengumumkannya nanti. Kalau tidak terlalu banyak pengumuman dan orang ramai tidak akan mengikutinya," katanya selepas menerima secara rasmi Laporan Tahunan 2009 Pemudah dan melancarkan Buku Garis Panduan Pendaftaran Hartanah di Malaysia. Najib juga meminta Pemudah supaya menggandakan usahanya dalam menyumbang secara ketara ke arah usaha kerajaan untuk mengubah ekonomi.
 
"Tahun 2010 perlu menyaksikan tumpuan terhadap peningkatan proses dan kecekapan kerajaan. Kita mesti percepat membuat keputusan termasuk berkaitan dengan dasar, kelulusan dan kontrak," katanya.
 
Perdana Menteri memuji Pemudah kerana menyediakan forum yang cemerlang kepada kerajaan untuk bukan hanya mendengar masalah industri, tetapi juga menyediakan peluang kepada sektor swasta bekerja dengan kerajaan mengenai penyelesaian kepada masalah itu.
 
"Jelas sekali, Pemudah telah memenuhi lebih daripada jangkaan saya. Memandangkan inisiatifnya menyeluruh dan dilaksanakan secara kerjasama, saya yakin sektor awam akan memberikan sokongan sepenuhnya bagi memastikan penambahbaikan ini dilaksanakan. "Ini perlu bagi memastikan penambahbaikan menjadi sebahagian daripada sistem," katanya.
 
Pemudah, ditubuhkan pada Februari 2007, sudah memberikan sumbangan yang ketara untuk mengkaji semula dasar yang mempunyai asas yang kukuh mengenai persekitaran pelaburan Malaysia
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Add or View Comment (0)     Print  
Average (0 Votes)
Star OffStar OffStar OffStar OffStar Off