Decrease Font Reset Font Increase Font Red Scheme Purple Scheme Yellow Scheme Blue Scheme W3C Disability Access Text to Voice
   
  Contact Us | FAQ | Links | Help | Sitemap  
 
Cadangan Denda Sebanyak RM100 bagi pendaftaran tanah yang tidak dituntut selepas1 minggu

Cadangan Denda Sebanyak RM100 bagi pendaftaran tanah yang tidak dituntut selepas1 minggu

Nanyang Siang pau

Monday August 23, 2010

 

(Shah Alam 23 Ogos) Ketua Pengarah kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Datuk Abdul Halim, hari ini mencadangkan bahawa denda sebanyak RM100 akan dikenakan sebagai kos simpanan kepada setiap proses pemindahan pindahmilik hartanah yang telah diselesaikan tetapi tidak diambil selepas 7 hari.

Dia mengatakan cadangan baru akan mula dilaksanakan di Selangor, sekiranya keputusan memuaskan, ianya akan dilaksanakan secara berperingkat di negari lain untuk mengatasi masalah dokumen pendaftaran hartanah yang bertimbun dan tidak dituntut oleh pemilik.

Pada sidang akhbar yang diadakan di PTG Selangor, hari ini, Abdul Halim menyatakan bahawa cadangan tersebut telah dikemukakan kepada cawangan Johor dan Kedah pada dua minggu lalu, untuk menyelesaikan masalah dokumen yang tidak dituntut.

Dia memberitahu bahawa PTG akan memberitahu peguam seperti sebelumnya selepas proses pindahmilik telah selesai, pada masa yang sama, pemilik atau pelanggan relevan juga akan diberitahu untuk mempercepatkan proses tuntutan.

"Ini adalah satu inisiatif yang baru, maka kerjasama dari semua pihak diperlukan untuk meningkatkan tahap tuntutan secara efektif."

Berita utama eksklusif yang disiarkan dalam "Nanyang Siang Pau" pada hari Isnin tentang fenomena yang dialami oleh PTG terhadap dokumen pindahmilik yang tidak dituntut telah membangkitkan keprihatinan dari pelbagai pihak, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), Jabatan Perdana Menteri telah membuat lawatan ke PTG di bangunan kerajaan negeri Selangor untuk menyemak situasi yang dinyatakan, dan mengadakan sidang akhbar untuk memberi maklumbalas yang berkaitan.

Selain itu,Encik Chang Kim Loong yang merupakan Setiausaha Kehormat kepada Persatuan Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) juga menghadiri sidang akhbar ini menyarankan bahawa kos simpanan dinaikkan sebanyak RM100 selepas setiap 14 hari untuk menggalakkan peguam datang untuk menuntut dokemen pendaftaran hartanah.

Pengerusi kepada Kumpulan Fokus Pendaftaran Hartanah, PEMUDAH, Dato’ Dr. Andy Seo Kian Haw memberitahu bahawa kumpulan fokus akan mengumpulkan maklumat dan pendapat dari semua pihak sebelum membuat kesimpulan ke atas usulan tersebut.

Namun, PTG Selangor merasa bimbang bahawa peguam atau pihak yang dipertanggungjawab akan memindahkan kos simpanan yang dikenakan itu kepada pemilik sekiranya usulan di atas dilaksanakan.

Berdasar maklumat yang ada, setakat di PTG di Shah Alam telah pun terkumpul 15.000 naskhah dokumen pendaftaran hartanah yang telah siap diproses.

Dato’ Dr. Andy Seo Kian Haw menyarankan rakyat untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan memerhatikan perkembangan proses pindahmilik hartanah yang berkaitan.

Dia mengatakan dengan proses transformasi yang dijalankan di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, PTG telah berjaya mengurangkan proses pendaftaran hartanah dari 142 hari kepada 1 hari telah membuktikan prestasi yang baik: kini adalah bergantung kepada persepsi rakyat sendiri untuk mengambil berat terhadap proses tersebut.

Dia juga mengatakan bahawa agensi kerajaan tidak dapat mempromosikan diri dengan menyatakan bahawa mereka mempunyai tahap kecekpan yang tinggi. sekarang hanya bergantung kepada sektor swasta dan rakyat untuk mengambil inisiatif yang positif tentang proses pendaftaran hartanah mereka sendiri.

"Kami tidak mahu Kerajaan membazirkan wang untuk membina atau sewa bangunan dan ruangan simpanan untuk menempatkan dokumen tidak dituntut selepas Kerajaan meningkatkan tahap kecekapannya."

Untuk makluman, dari Januari 2001 hingga akhir tahun 2008, terdapat jumlah 133 unit bertanggungjawab untuk membuat pemohonan proses pindahmilik dengan PTG, antaranya terdapat 131 firma undang-undang dan 2 pemaju perumahan.

 


Add or View Comment (0)     Print  
Average (0 Votes)
Star OffStar OffStar OffStar OffStar Off