(Kuala Lumpur, 23 Ogos) Masalah dokumen pendaftaran tanah bertimbun di Pejabat Tanah di Lembah Klang, manakala di cawangan Shah Alam telah terdapat sebanyak 15,620 salinan dokumen yang tidak dituntut. Oleh kerana itu, untuk menyelesaikan tuntutan dokumen ini, Ketua Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Datuk Abdul Halim mencadangkan bahawa denda sebanyak RM100 dikenakan ke atas pemilik sekiranya dokumen tidak dituntut selepas 7 hari. Walau bagaimanapun, cadangan ini hanya akan berkuatkuasa selepas mendapatkan persetujuan di persidangan Dewan Undangan Negeri. Abdul Halim memberitahu bahawa cadangan ini akan dilaksanakan di negeri Selangor yang mengalami masalah yang paling buruk sebelum diperkenalkan ke negeri lain. Beliau menjelaskan bahawa denda ini hanya satu cadangan, kajian selanjut diperlukan bagi butiran pembayaran seperti denda RM100 yang perlu dibayar sekali sahaja atau didenda bergantung kepada bilangan hari selepas dokumen bersiap untuk dituntut. Beliau memberitahu, semasa lawatan PEMUDAH ke PTG Selangor untuk memahami masalah dokumen, denda yang dikenakan terhadap dokumen yang tidak dituntut akan dianggap sebagai kos simpanan. Abdul Halim berkata bahawa cadangan ini adalah wajar kerana PTG telah mempertingkatkan proses pemindahan hakmilik tanah sehingga 2 hari untuk menyelesaikan semua prosedurnya. Kos Tambahan bagi Simpanan Fail Beliau mengatakan bahawa kelewatan dalam tuntutan dokumen tanah oleh masyarakat telah menyebabkan PTG mengalami tekanan dalam pengurusan dokumen yang tertimbun itu dan tambahannya, mungkin perlu mengeluarkan wang lebih banyak menyimpan dokumen-dokumen ini. Beliau juga mengatakan bahawa antara dokumen yang disimpan di PTG terkandung dokumen yang telah diluluskan pada tahun 2001, namun demikian, dokumen tersebut masih belum dituntutkan. Beliau menunjukkan bahawa PTG di kawasan Lembah Klang mengalami masalah yang paling serius, manakala di Cawangan Shah Alam, telah tertangguh sebanyak 15,620 dokumen pendaftaran tanah yang perlu dituntut oleh pemilik. Pada masa yang sama, Encik Chang Kim Loong, yang merupakan Setiausaha Kehormat bagi Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) mempunyai pendapat yang berlainan dengan PTG. Beliau menyatakan tempoh 7 hari harus dipanjangkan sehingga 14 hari. Dia juga mengatakan bahawa semua kelewatan tidak harus dikenakan denda yang sama iaitu RM100 tetapi harus diberi hukuman berdasarkan pada masa yang ditunda. |