Sorotan Penting  
   
Pembayaran Balik Cukai Terlebih Bayar oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
   
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengambil langkah-langkah berikut untuk manambahbaik perkhidmatannya:
 
   
i.
Tempoh pengembalian cukai terlebih bayar kepada individu dan syarikat disingkatkan dari satu tahun kepada
antara 14 hingga 30 hari bagi penyerahan melalui e-filing;
 
ii.
Mengembalikan cukai terlebih bayar tahun taksiran terkini tanpa merujuk tahun taksiran terdahulu;
 
iii.
Menyelesaikan kes-kes taksiran sebelum tahun terkini dan memungut cukai atau mengembalikan cukai terlebih bayar, jika
  berkaitan secara berasingan; dan
 
iv.
Mengembalikan cukai terlebih bayar secara terus tanpa memerlukan permohonan khusus daripada pihak pembayar cukai.
   
 
Untuk maklumat lanjut mengenai topik ini, sila layari www.hasil.org.my
 
   

[Kembali ke Sorotan Penting]