Hitam Biru Perang Set Semula Decrease Font Reset Font Increase Font Red Scheme Purple Scheme Yellow Scheme Blue Scheme W3C Disability Access Text to Voice
   
  Contact Us | FAQ | Links | Help | Sitemap  
 
Hanya satu nombor untuk berurusan dengan kerajaan

Hanya satu nombor untuk berurusan dengan kerajaan
27 Ogos 2009
Berita Harian
 

KUALA LUMPUR: Pemudah, pasukan petugas khas negara bagi mempermudah semua aspek penyelesaian urusan di Malaysia, memperkenalkan rujukan satu nombor tunggal yang dipanggil MyCoID.

Sebagai permulaan, mulai 1 Julai, rujukan nombor tunggal itu digunakan bagi lima agensi, iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Semua agensi lain akan menggunakan nombor rujukan ini secara berperingkat, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat Pemudah.
MyCoID adalah nombor pengenalan entiti perniagaan yang digunakan bila berurusan dengan agensi-agensi kerajaan.

Ia adalah nombor pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi syarikat, pemilik tunggal dan perkongsian.

Perniagaan baru yang mendaftar dengan SSM mulai 1 Julai, 2009, boleh menggunakan MyCoID apabila mendaftar dengan kelima-lima agensi ini, iaitu LHDN, HRDF, KWSP, KDRM dan Perkeso.
"Syarikat-syarikat sedia ada (yang mendaftar sebelum 1 Julai, 2009) boleh menggunakan nombor pendaftaran masing-masing sebagai MyCoID bila berurusan dengan LHDN, KWSP dan HRDF mulai 1 September, 2009.

Bagaimanapun, bagi KDRM dan Perkeso, syarikat-syarikat ini hanya boleh menggunakan nombor pendaftaran SSM masing-masing sebagai MyCOID mulai 1 Januari, 2010," katanya.

Pelaksanaan penuh MyCoID oleh kelima-lima agensi itu dijangka bermula pada 1 Januari tahun depan.

MyCoID akan menggantikan semua nombor pengenalan lain yang disyaratkan bagi perniagaan apabila berurusan dengan agensi-agensi kerajaan yang berlainan, kata sekretariat itu.
Katanya, pada peringkat permulaan, kecuali bagi pembayaran, MyCoID boleh digunakan oleh perniagaan baru bagi semua perkhidmatan lain di kelima-lima agensi itu.

"Bagaimanapun, ini terhad kepada perkhidmatan-perkhidmatan di kaunter dan melalui telefon," katanya. - Bernama

Add or View Comment (0)     Print  
Average (0 Votes)
Star OffStar OffStar OffStar OffStar Off
Last Updated : 22 February 2012
image