 |
 |
 |
|
| Latarbelakang
|
| |
Pada mulanya, idea untuk membentuk satu pasukan petugas khas bagi mengatasi isu birokrasi yang wujud di dalam urusan di antara perniagaan dan Kerajaan telah diperkenalkan di dalam Ucapan Tahunan Perdana Menteri kepada kakitangan Kerajaan pada 11 Januari 2007. Inisiatif bersepadu antara Kementerian diperlukan oleh pihak Kerajaan untuk menetapkan peraturan dalam pembangunan perniagaan. Selain itu, penglibatan yang aktif daripada sektor swasta adalah diperlukan untuk mencapai objektif pasukan petugas khas yang dibentuk.
|
|
Pada 7 Februari 2007, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan atau PEMUDAH telah ditubuhkan. Pasukan yang terdiri daripada 23 orang ahli dari kalangan individu yang berstatus tinggi daripada sektor swasta dan awam akan melaporkan terus kepada Perdana Menteri. PEMUDAH dipengerusikan bersama oleh Y. Bhg. Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara dan Y. Bhg. Tan Sri Datuk Yong Poh Kon, Presiden Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia (Federation of Malaysian Manufacturers , FMM).
|
|
| |
| |
|
Terma-terma Rujukan |
| |
| |
• |
Mengkaji semula status sistem penyampaian perkhidmatan awam dari segi proses, prosedur, undang-undang dan sumber manusia ke arah memperkenalkan penambahbaikan; |
| |
• |
Mempelajari amalan-amalan terbaik sektor swasta untuk digunapakai oleh sektor awam; |
| |
• |
Mengkordinasi dan menganjurkan program-program di antara agensi perkhidmatan awam ke arah memperkukuhkan daya saing Malaysia; |
| |
• |
Memantau pelaksanaan polisi, strategi dan prosedur ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian sektor awam; dan |
| |
• |
Mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu-isu berkaitan sistem penyampaian sektor awam yang dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet. |
|
| |
| Nilai
|
| |
| |
Visi PEMUDAH adalah untuk perkhidmatan awam mencapai penandaras antarabangsa yang berteraskan pelanggan, berinovasi dan proaktif di dalam menyokong ekonomi yang berdaya saing.
|
| |
|
|
| |
Visi ini diperkukuhkan dengan nilai-nilai seperti berikut: |
| |
• |
Kesedaran untuk lebih pantas |
| |
• |
Kerjasama yang proaktif di antara sektor awam dan swasta |
| |
• |
Untuk tujuan sokongan dan bukan menghalang |
| |
• |
Syarat dan peraturan yang berpatutan |
| |
• |
Tiada rasuah |
|
|
|
|
 |
 |
 |
|