| 5. |
Di manakah saya boleh kemukakan aduan atau memberi cadangan berkenaan perkara yang tidak berkaitan dengan perniagaan? |
| |
Sila ajukan aduan/cadangan anda kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) di sini . Ataupun: |
|
• |
Hubungi BPA di
03-8888 7777 |
|
• |
Faks kepada BPA di 03-8888 7778 |
|
• |
Emel BPA di aduan@bpa.jpm.my |
| |
|
|
| 6. |
Bagaimanakah sistem maklumbalas ini berfungsi? |
| |
Sebarang pertanyaan dari orang awam akan dikemukakan terus kepada Kementerian/Agensi berkaitan untuk tindakan segera. Anda akan diberi nombor rujukan dan anda juga boleh menyemak perkembangan pertanyaan anda melalui laman web di bawah Carian untuk Maklumbalas.
|
| |
|
| |
Bagi kebanyakan pertanyaan, kami bertekad memberikan anda maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja. |
| |
|
| |
Bagaimanapun sekiranya pertanyaan atau aduan anda agak kompleks, berkaitan dasar atau melibatkan lebih daripada satu Kementerian /Agensi, kami berharap anda memahami bahawa ini mungkin mengambil masa yang lebih lama. Bagaimanapun kami akan terus berhubung dengan anda. |
| |
|
| 7. |
Semasa melengkapkan Borang Maklumbalas, saya tidak dapat memastikan Kementerian yang manakah berkaitan dengan pertanyaan/cadangan/aduan saya. Apa yang harus saya lakukan? |
| |
Kami mencadangkan anda memilih salah sebuah Kementerian/Agensi yang anda fikir paling sesuai. Jangan bimbang, kami mempunyai sistem untuk menyemak e-mel yang diterima, menilai dan berbincang bagi menentukan langkah yang perlu diambil dan oleh siapa.
|
| |
|
| 8. |
Setelah beberapa kali merujuk/membuat aduan kepada sebuah jabatan Kerajaan tanpa sebarang hasil, saya membuat aduan melalui laman web PEMUDAH. Adakah maklumat saya dan syarikat saya akan dirahsiakan? |
| |
Untuk membolehkan pihak kami menangani dan menyelesaikan sesuatu aduan mengenai sistem penyampaian berkaitan perniagaan, maka pihak kami perlu menyalurkan maklumat berkaitan pihak atau syarikat yang terlibat kepada Kementerian berkaitan. |
| |
|
| 9. |
Sekiranya saya tidak mendapat sebarang maklumbalas / jawapan dalam tempoh 3 hari bekerja tersebut, apa |
| |
yang patut saya buat? |
| |
|
| |
|
| 10. |
Bilakah kemudahan pendaftaran cap jari biometrik i-Kad untuk pegawai dagang akan diperluaskan ke seluruh |
| |
negara? |
| |
Pada masa ini, kemudahan i-Kad untuk pegawai dagang disediakan di Jabatan Imigresen di Putrajaya dan telah diperluaskan |
| |
ke pejabat imigresen negeri-negeri berikut bermula 15 Disember 2007: |
| |
|
| |
- Kuala Lumpur;
- Selangor;
- Pulau Pinang;
- Johor Bahru;
dan
- Ipoh.
|
| |
|
| |
Pejabat-pejabat imigresen di atas akan menyerahkan I-Kad pegawai dagang pada hari yang sama. |
| |
|
| |
Pegawai-pegawai dagang dari negeri-negeri selain di atas boleh mendaftarkan cap jari biometrik mereka di pejabat |
| |
imigresen negeri masing-masing. Walau bagaimanapun, penyerahan i-Kad tidak dibuat pada hari yang sama. |
| |
|