| 2.6 Tekun Rakan Niaga |
| 1. | Tujuan | Menyediakan pembiayaan kepada bakal usahawan dan/ atau usahawan yang baru memulakan perniagaan sebagai usaha untuk memberikan peluang kepada bakal usahawan atau usahawan yang baru memulakan perniagaan untuk mendapatkan modal. |
| 2. | Kelayakan Asas | - Bumiputera dan berumur 18 hingga 60 tahun
- Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah
- Mempunyai premis perniagaan/lokasi dengan lokasi yang khusus
- Tidak mempunyai rekod perniagaan yang tidak baik dengan mana-mana institusi kewangan atau Agensi Kerajaan
- Terlibat secara langsung dan sepenuh masa di dalam perniagaan
- Satu pembiayaan sahaja untuk satu isi rumah.
- Mempunyai pengetahuan/ pengalaman/ kemahiran asas mengenai perniagaan yang akan dijalankan
- Mempunyai akaun semasa bagi pembiayaan melebihi RM20,000
|
| 3. | Syarat Tambahan | - Baru hendak memulakan perniagaan (mempunyai Rancangan Perniagaan) atau baru berniaga kurang dari 6 bulan
- Mengemukakan Rancangan Perniagaan (RP)
- Usahawan perlu menyediakan 10% daripada modal keseluruhan perniagaan yang diperlukan.
- Seorang penjamin.
|
| 4. | Konsep Pembiayaan Islam | Konsep pembiayaan adalah berdasarkan pembiayaan Qardul Hasan. |
| 5. | Jumlah Pembiayaan | Had pinjaman adalah dari RM 500.00 sehingga RM50,000.00 |
| 6. | Tempoh Bayaran Balik | Balik Bayaran balik pembiayaan adalah antara 6 bulan hingga 5 bulan |
| 7. | Caj Perkhidmatan | 8% setahun |
| 8. | Insuran Takaful (Berkelompok) | Usahawan TEKUN diwajibkan mencarum dengan insurans takaful. |
| 9. | Simpanan | Simpanan akan dikenakan sebanyak 10% dari nilai pembiayaan setahun. Simpanan ini dikutip semasa kutipan bayaran balik pembiayaan. |
| 10. | Bayaran Proses | - Pembiayaan kurang dari RM 10,000 dikenakan yuran sebanyak RM 30.00
- Pembiayaan di antara RM 10,000 hingga RM 30,000 dikenakan yuran RM 50.00
- Pembiayaan melebihi RM 30,000 dikenakan yuran RM 100.00
|
| 11. | Insuran Takaful (Berkelompok) | Usahawan TEKUN diwajibkan mencarum dengan insurans takaful. |